Jawatan Kosong: Penolong Akauntan di UPM
Pejabat
Bendahari, Universiti Putra Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang berikut :-
1. Nama Jawatan
|
PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
|
Kumpulan
Perkhidmatan : Sokongan
Taraf
Jawatan : Kontrak
Skim
Perkhidmatan : Penolong Akauntan
Gred
Gaji : W27 (P1 : RM1,366.27)
Vot
Pembayaran Gaji : Menggunakan Peruntukan Akaun Amanah 68003/62090
Syarat
Lantikan :
Calon bagi jawatan
ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a)
Warganegara Malaysia;
b)
Berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan;
c)
Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d)
Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas dalam bidang Perakaunan dari institusi pengajian
tinggi awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
sahaja; dan
e)
Pemohon-pemohon dikehendaki mendapat
kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Tarikh Tutup ;
Tarikh tutup
permohonan adalah tidak lewat dari 13
Julai 2012 (Jumaat).
Permohonan yang
lewat diterima tidak akan dilayan.
Cara Memohon :
Permohonan
hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan (SOK/BUM/BR03/JAWATAN02) yang boleh
diperolehi dengan memuat turun dari laman web : http://reg.upm.edu.my/
Borang permohonan
yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang
telah disahkan hendaklah dikembalikan ke alamat berikut :-
Penolong Pendaftar,
Seksyen Pentadbiran,
Pejabat Bendahari,
Universiti Putra Malaysia,
Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran,
43400 UPM Serdang, Selangor.
Perhatian :
§ Hanya
calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil
untuk temuduga;
§ Permohonan
yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya.