RSS

Navigation : Home / / Article : Jawatan Kosong: Penolong Akauntan di UPM

Jawatan Kosong: Penolong Akauntan di UPM

July 03, 2012 | No Comments | Labels :



 
Pejabat Bendahari, Universiti Putra Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang berikut :-
 

1.  Nama Jawatan


PENOLONG AKAUNTAN GRED W27


Kumpulan Perkhidmatan          :           Sokongan
Taraf Jawatan                           :           Kontrak
Skim Perkhidmatan                  :           Penolong Akauntan
Gred Gaji                                  :           W27 (P1 : RM1,366.27)
Vot Pembayaran Gaji               :           Menggunakan Peruntukan Akaun Amanah 68003/62090
Syarat Lantikan                        :

Calon bagi jawatan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a)     Warganegara Malaysia;

b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)     Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d)    Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas dalam bidang Perakaunan dari institusi pengajian tinggi awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan sahaja; dan

e)     Pemohon-pemohon dikehendaki mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh Tutup ;

Tarikh tutup permohonan adalah tidak lewat dari 13 Julai 2012 (Jumaat).
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan (SOK/BUM/BR03/JAWATAN02) yang boleh diperolehi dengan memuat turun dari laman web : http://reg.upm.edu.my/

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikembalikan ke alamat berikut :-

Penolong Pendaftar,
Seksyen Pentadbiran,
Pejabat Bendahari,
Universiti Putra Malaysia,
Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran,
43400 UPM Serdang, Selangor.

Perhatian :

§  Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk temuduga;
§  Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

0 Responses to "Jawatan Kosong: Penolong Akauntan di UPM"

Leave a Reply

Popular Post